Posts

Showing posts from December, 2018

8 Tempat Menarik Bajet Berpatutan - Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Image
Pada penghujng tahun dan cuti sekolah ini , ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti dan melancong bersama anak-anak. Namun, pada penghujung tahun jugalah antara waktu yang paling banyak menggunakan wang kerana persediaan persekolahan anak-anak pada tahun hadapannya. Namun begitu faktor tersebut tidaklah menghalang percutian, kerana terdapat banyak tempat yang menarik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Bercuti dan membawa anak-anak bersiar juga adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk memberi pengalaman, pendedahan kepada anak-anak dan juga mengeratkan silaturrahim keluarga. Oleh itu di sini kami ingin berkongsi , 8 Tempat Menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang mengenakan bayaran masuk di bawah RM 10 dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. 1. Taman Botani Shah Alam. Yuran kemasukan untuk dewasa adalah RM 3.00 manakala kanak-kanak RM 1.00  . Di sini terdapat pelbagai tarikan contohnya taman haiwan, rumah iklim , taman padi dan sebaga...