Posts

Showing posts from April, 2019

5 Tips Anak Tidur Awal

Image
“Dah pukul 11 , tapi tanda-tanda anak mengantuk tiada langsung." "Mata anak pula masih membulat dan melompat ke sana- sini. "Alahai, jadi panda lah esok mama papa” Kesan tidak cukup tidur atau tidur lewat bukan sahaja tidak bagus kepada ibu bapa, malah ia juga tidak baik untuk anak-anak. Ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus. Berikut di sini 5 tips pendek yang mungkin boleh membantu ibu bapa . 1. Elak tidur waktu petang hingga ke senja. Elakkan anak tidur di waktu petang, sebaliknya membuat aktiviti fizikal yang menarik buat mereka seperti memberikan bola atau basikal untuk bermain 2. Elak televisyen atau gadjet 1 jam sebelum tidur . Elakkan menonton televisyen atau gadjet kerana cahaya terang dari elektronik akan memancarkan sejenis cahaya biru yang tertentu, yang boleh menganggu otak untuk menghasilkan hormon melatonin iaitu sejenis hormon yang membuat...