5 Tips Anak Tidur Awal
“Dah pukul 11 , tapi tanda-tanda anak mengantuk tiada langsung."
"Mata anak pula masih membulat dan melompat ke sana- sini.
"Alahai, jadi panda lah esok mama papa”
Kesan tidak cukup tidur atau tidur lewat bukan sahaja tidak bagus kepada ibu bapa, malah ia juga tidak baik untuk anak-anak.
Ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus.
Berikut di sini 5 tips pendek yang mungkin boleh membantu ibu bapa .
1. Elak tidur waktu petang hingga ke senja.
Elakkan anak tidur di waktu petang, sebaliknya membuat aktiviti fizikal yang menarik buat mereka seperti memberikan bola atau basikal untuk bermain
2. Elak televisyen atau gadjet 1 jam sebelum tidur .
Elakkan menonton televisyen atau gadjet kerana cahaya terang dari elektronik akan memancarkan sejenis cahaya biru yang tertentu, yang boleh menganggu otak untuk menghasilkan hormon melatonin iaitu sejenis hormon yang membuatkan rasa mengantuk.
3. Elak permainan atau aktiviti fizikal 3 jam sebelum tidur.
Aktiviti fizikal yang melebihi 30 minit akan menaikkan suhu badan . Ini akan menyebabkan tubuh terpaksa menunggu suhu turun kembali ke paras yang rendah untuk membolehkan tidur. Kebiasaannya proses penurunan suhu mengambil masa beberapa jam dan ini melambatkan waktu tidur.
4. Elak memberi makanan bercoklat selepas pukul 7. Beri makanan yang tinggi kalsium dan protein.
Adakah sesetengah makanan bercoklat mengandungi kandungan kafein dan akan membuatkan seseorang itu aktif.
Jika anak meminta makanan sebelum tidur makanan yang elok diberi ialah produk tenusu, pisang, oatmeal atau biskut oatmeal kurang gula atau sandwich telur.
Makanan di atas mengandungi kandungan tryptophan yang tinggi sekaligus membantu anak mendapatkan tidur yang cukup. Susu juga mengandungi kalsium yang membantu tubuh memproses tryptophan dan membantu menghasilkan hormin melatonin.
5. Kekalkan rutin yang tetap untuk tidur – konsisten.
Ibu bapa hendaklah mengekalkan masa yang sama dan tetap untuk tidurkan anak. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah membaca buku cerita bersama –sama kemudian menutup lampu dan memasangkan zikir munajat dan berbaring bersama mereka.
Lama kelamaan anak akan faham sudah tiba masa untuk tidur tanpa perlu dimarahi.
Anak-anak di Taska Permata As Saf sangat mudah untuk tidur sejurus guru-guru menyiapkan tempat tidur mereka. Kebiasaanya anak-anak disini faham, selesai aktiviti playgroup, makan dan mandi, guru akan menutup lampu dan memasangkan alunan zikir atau bacaan al quran. Itu tandanya masa tidur mereka sudah sampai.
Comments
Post a Comment