Posts

Showing posts from July, 2019

4 CARA BINA KARAKTER "LEADER" DALAM DIRI ANAK KECIL

Image
Apabila kita telah menempuh alam pekerjaan kita mulai sedar yang kelulusan akedemik sahaja tidak mencukupi untuk   berjaya. Sikap dan kekuatan dalaman juga adalah penting bagi mereka menempuh pelbagai cabaran hidup. Sikap bukannya datang semulajadi , tetapi ia perlu diajar dan dipupuk dari kecil. Walaupun anak masih kecil ada beberapa perkara yang boleh kita buat dan sesuai. Jika konsisten, InshaaAllah akan memberi impak yang besar apabila dewasa nanti. 1.Ajar YAKIN DIRI. Sikap yakin diri adalah karakter utama orang berjaya. Memberikan peluang anak MENCUBA boleh menanam sifat yakin diri semasa kecil.  Kadangkala ada anak-anak yang ingin mencuba menyuap makanan sendiri, tetapi ibu bapa tidak yakin, ingin cepat atau tidak mahu bersepah. Ada juga yang ingin berjalan atau menaiki tangga sendiri , tetapi dihalang takut jatuh ,mahu cepat atau sebagainya. Sebenarnya dari mata mereka, jika mereka dapat buat perkara yang sama seperti ibu bapa mereka, ia ada