4 CARA BINA KARAKTER "LEADER" DALAM DIRI ANAK KECIL





Apabila kita telah menempuh alam pekerjaan kita mulai sedar yang kelulusan akedemik sahaja tidak mencukupi untuk  berjaya. Sikap dan kekuatan dalaman juga adalah penting bagi mereka menempuh pelbagai cabaran hidup.

Sikap bukannya datang semulajadi , tetapi ia perlu diajar dan dipupuk dari kecil. Walaupun anak masih kecil ada beberapa perkara yang boleh kita buat dan sesuai. Jika konsisten, InshaaAllah akan memberi impak yang besar apabila dewasa nanti.



1.Ajar YAKIN DIRI.


Sikap yakin diri adalah karakter utama orang berjaya. Memberikan peluang anak MENCUBA boleh menanam sifat yakin diri semasa kecil. 
Kadangkala ada anak-anak yang ingin mencuba menyuap makanan sendiri, tetapi ibu bapa tidak yakin, ingin cepat atau tidak mahu bersepah. Ada juga yang ingin berjalan atau menaiki tangga sendiri , tetapi dihalang takut jatuh ,mahu cepat atau sebagainya.

Sebenarnya dari mata mereka, jika mereka dapat buat perkara yang sama seperti ibu bapa mereka, ia adalah satu kemenangan besar. Apapun ia haruslah perkara yang sesuai pada umur mereka dan haruslah dipantau.



2. Ajar TANGGUNGJAWAB.

Sikap bertanggungawab adalah ciri seorang ketua. Masukkan sikap bertanggungjawab dalam diri anak dari kecil dengan melatih bertanggungjawab dengan barangan mereka sendiri

 Contohnya meletak botol susu di sinki atau tray setelah habis minum, meletak baju kotor dibakul kotor, menyimpan permainan kembali atau sebagainya.



3. Ajar ADAB.

Mempunyai adab yang baik membuatkan orang sekeliling merasa selamat dan mudah mendapat kepercayaan.

Jadi amatlah penting jika kita dapat melatih adab dari kecil supaya mudah mereka menyuaikan diri dan diterima apabila dewasa nanti. 

Praktis yang mudah adalah ajar mereka bersalaman dengan orang tua, sentiasa senyum ,selalu mengucapkan terima kasih , bercakap memandang mata dan hormat kakak dan abang.



4. Ajar PRIHATIN.

Sentiasa prihatin dengan keperluan orang sekeliling adalah ciri ketua yang berjiwa besar. Sesekali libatkan diri anda dan anak dengan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Dedahkan dengan melihat kesusahan orang dan masukkan kepercayaan yang mereka perlu membantu.

Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA