7 Langkah memulakan "Toilet Training"




Perkongsian kali ini adalah tentang langkah-langkah dalam latihan "toilet training" untuk anak-anak.
Setelah  mengenal pasti tanda-tanda anak bersedia untuk "toilet training" ibu bapa bolehlah mengikut langkah-langkah mudah yang kami juga rujuk dan praktis dari buku yang bertajuk  "YOU, Raising your child" oleh MICHAEL F. ROIZEN, M.D & MEHMET C.OZ, M.D.

1. Belikan "potty chair" yang sesuai untuk anak.


Kadangkala ada anak-anak berasa gayat dan sukar mengimbangi badan mereka di atas toilet bowl dewasa yang agak tinggi. "Potty chair" dapat mengurangkan anak-anak berasa takut dan memberikan mereka rasa selesa. Jika anda menggunakan toilet bowl orang dewasa , letak stool yang boleh dicapai oleh kaki mereka untuk dipijak supaya ia dapat memberikan mereka rasa stabil dan selamat.

2. Video atau buku


Tunjukkan video animasi atau buku yang mengisahkan momen toilet training untuk anak-anak untuk mewujudkan mood yang baik. Anda boleh dapati video tersebut dari youtube.



3.Beri penerangan


Terangkan sebab dan bila kita perlu gunakan "potty chair"/tandas . Beri penekanan pada anak yang dia kini sudah perlu membuang air kecil dan besar di tandas seperti ayah dan ibu, serta ahli keluarga yang lain.

4.Role play


Tunjukkan role play kepada anak,  cara membuka seluar, cara duduk dan cara mencuci selepas membuang air besar dan kecil.



5,Bawa ke tandas setiap 30 minit.


Kadangkala ada anak-anak yang tidak sedar mereka perlu ke tandas kerana asyik bermain sehingga ia terlambat. Ada juga yang tidak mahu ke tandas kerana mengganggu mereka bermain. Jadi disini, ibu bapa  perlu mengiringi mereka.



6.Buat rutin.


Buat rutin ke tandas dalam kehidupan harian mereka , seperti ingatkan mereka ke tandas sebelum tidur, sebelum keluar rumah, selepas makan dan sebagainya.

7. Memberi ganjaran


Berikan ganjaran apabila mereka berjaya membuang air ketandas. Elakkan ganjaran gula-gula atau coklat , atau gantikan dengan sticker yang comel atau sebagainya.

Ibu bapa juga harus faham bahawa ia adalah proses yang akan mengambil masa . Ibu juga harus bersedia, ada anak-anak yang sudah pandai ke tandas berminggu tapi kadangkala terlepas , terutamanya apabila mereka tertekan seperti masuk sekolah baru, mendapat adik baru atau sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA