7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"
Momen "toilet training " untuk anak-anak pasti mengujakan dan manis dikenang. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama. Ada yang berjaya melatih anak pada umur yang agak awal dan ada juga yang mengambil masa yang lama untuk mulakan latihan.
Ianya bergantung persediaan dari dua pihak , ibu bapa dan anak-anak. Jika anak-anak di hantar pengasuh atau taska , mereka juga terlibat dalam proses ini. Persediaan yang pertama ialah mengenalpasti adakah anak kita sudah bersedia untuk "toilet training"?.
Di sini kami ingin berkongsi 7 tanda dari anak yang boleh dirujuk untuk memastikan anak kita sedia untuk "toilet training".1. Anak sudah boleh berkomunikasi.
Boleh berkomunikasi bukan bermaksud boleh bercakap sepenuhnya atau selancarnya. Boleh berkomunikasi bermaksud mereka boleh menyatakan keinginan mereka dengan sekurang-kurang 2 perkataan seperti "nak susu" , "nak makan" ataupun menggunakan bahasa gerak tubuh.
2. Anak sudah boleh mengikut dan faham arahan.
Jika anak anda sudah faham arahan yang mudah seperti, "ambilkan baju itu" dan mereka mengikutnya, itu juga bermaksud anak sudah bersedia untuk "toilet training".3. Anak sudah pandai meniru perbuatan orang dewasa atau ahli keluarga.
Jika lihat anak sudah pandai meniru aksi anda atau ahli keluarga yang lain seperti menghalakan remote ke arah TV dan menekannya, memutar stereng kereta atau sebegainya . Itu juga adalah tanda yang positif.4. Anak sudah mula tidak selesa dengan lampin yang dipakainya.
Ada juga anak yang suka membuka lampinnya sendiri apabila lampinnya sudah basah atau ada najis selepas membuang air besar. Tetapi bergantung juga jenis lampin . Jenis lampin yang "super kering" kadangkala membuat anak tidak merasa basah. Sebab ini juga didapati anak yang memakai "cloth diaper" lebih awal berjaya dalam latihan "toilet training".
5. Jadual membuang air besar sudah boleh diagak.
Jika di Taska Permata As Saf , guru-guru kami boleh menganggak masa anak-anak buang air besar. Selalunya anak-anak di sini akan membuang air besar pada waktu petang. Ia boleh digunakan sebagai rujukan pada latihan "toilet training" mereka nanti. Ibu bapa juga boleh merekodkan masa mereka membuang air besar .Jika masa itu lebih kurang konsisten maka ibu bapa boleh bersedia.
6. Najis anak tidak hancur atau "smushy".
7. Anak memberi tanda reaksi badan.
Anak anda sudah memberi tanda seperti menahan air kecil, membuat tarian kecil, menjengket-jengket kaki, memegang atau mengepit kemaluan.Jika kebanyakkan dari tanda di atas sudah ada , makanya anda juga harus bersedia dan memberi tahu pengasuhnya atau guru taska mereka yang anak sudah bersedia untuk "toilet training".
Comments
Post a Comment