Posts

Showing posts from August, 2018

AIDIL ADHA - PENGORBANAN NABI IBRAHIM

Image
Salam Aidil Adha kepada semua. Alhamdulillah, kita dapat menyambut hari yang mulia ini dengan aman dan bersama keluarga tercinta. Seperti yang tahu, sebahagian dari sejarah dan peristiwa sambutan Aidil Adha ini adalah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang patut kita contohi. Sedikit pengisian dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sangat tinggi dan luhur sebagai hamba Allah ialah : 1.Meninggalkan ayahnya pembuat berhala 2.Meninggalkan isteri dan anak kecil di padang pasir yang kontang 3.Diuji supaya menyembelih anak yang telah lama ditinggalkan Besarnya pengorbanan seorang hamba dan tingginya tahap ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah subhanallah Taala. Pastinya akan dibalas dan mendapat tempat yang tertinggi di sisi Allah. Lihat sahaja tanah gersang dimana anaknya ditinggalkan, menjadi subur dan sumber air yang tak pernah kering dan mampu menghilangkan kehausan untuk umat manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Pengorbanan adalah sesuatu yang pahit, namun jika ...

MARKET DAY BANTU KOMUNIKASI ANAK

Image
Tadaaaa.....Hari yang ditunggu telah tiba. Sebenarnya , ini kali pertama pengalaman kami membuat Market Day untuk kanak-kanak berumur bawah empat tahun. Ada pelbagai reaksi , ada yang faham , ada yang blur tapi kebanyakkan "excited" dengan pelbagai warna , tekstur dan betuk buah dan sayuran. Market day dapat membantu perkembangan komunikasi anak apabila : 1. Apabila pendidik menyebut beberapa kali nama dan kosa kata buah 2.Apabila pendidik memberi arahan mudah, "ambilkan ini.." , "masukkan itu.." 3.Apabila anak-anak menunjukkan minat sesuatu buah atau barangan dan meminta pada guru. 4.Apabila anak melihat rakannya yang lain bercakap. Apapun, ini adalah satu proses stimulasi untuk menggalakkan anak-anak berkomunikasi. Ia perlu dijalankan secara berperingkat dan tidak tertumpu terus pada "result" cepat. Kanak-kanak perlu dirangsang dalam masa yang sama memupuk keyakinan diri dalam diri mereka. Selain itu ia dapat mengelakkan anak-ana...