MARKET DAY BANTU KOMUNIKASI ANAK


Tadaaaa.....Hari yang ditunggu telah tiba. Sebenarnya , ini kali pertama pengalaman kami membuat Market Day untuk kanak-kanak berumur bawah empat tahun.

Ada pelbagai reaksi , ada yang faham , ada yang blur tapi kebanyakkan "excited" dengan pelbagai warna , tekstur dan betuk buah dan sayuran.

Market day dapat membantu perkembangan komunikasi anak apabila :
1. Apabila pendidik menyebut beberapa kali nama dan kosa kata buah
2.Apabila pendidik memberi arahan mudah, "ambilkan ini.." , "masukkan itu.."
3.Apabila anak-anak menunjukkan minat sesuatu buah atau barangan dan meminta pada guru.
4.Apabila anak melihat rakannya yang lain bercakap.

Apapun, ini adalah satu proses stimulasi untuk menggalakkan anak-anak berkomunikasi. Ia perlu dijalankan secara berperingkat dan tidak tertumpu terus pada "result" cepat. Kanak-kanak perlu dirangsang dalam masa yang sama memupuk keyakinan diri dalam diri mereka.

Selain itu ia dapat mengelakkan anak-anak terdedah terlalu lama dengan gadget dan televisyen dan mengaitkan sesuatu keadaan realiti dan skill kehidupan, apatah lagi jika mereka melihat perkara yang sama mereka buat diluar taska, seperti membeli belah bersama ibu bapa sama seperti mereka buat di sekolah.








Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Langkah memulakan "Toilet Training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA