AIDIL ADHA - PENGORBANAN NABI IBRAHIM


Salam Aidil Adha kepada semua. Alhamdulillah, kita dapat menyambut hari yang mulia ini dengan aman dan bersama keluarga tercinta. Seperti yang tahu, sebahagian dari sejarah dan peristiwa sambutan Aidil Adha ini adalah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang patut kita contohi.

Sedikit pengisian dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sangat tinggi dan luhur sebagai hamba Allah ialah :

1.Meninggalkan ayahnya pembuat berhala
2.Meninggalkan isteri dan anak kecil di padang pasir yang kontang
3.Diuji supaya menyembelih anak yang telah lama ditinggalkan

Besarnya pengorbanan seorang hamba dan tingginya tahap ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah subhanallah Taala. Pastinya akan dibalas dan mendapat tempat yang tertinggi di sisi Allah. Lihat sahaja tanah gersang dimana anaknya ditinggalkan, menjadi subur dan sumber air yang tak pernah kering dan mampu menghilangkan kehausan untuk umat manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Pengorbanan adalah sesuatu yang pahit, namun jika ia dibuat dengan tujuan yang baik , pasti akan terserlah kebaikan dan dibalas dengan kebahagiaan malah memberi impak kebaikan yang kita tidak jangkakan.


Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Langkah memulakan "Toilet Training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA