Bermain dengan anak bantu perkembangan emosi - Taska Permata As Saf

Inshaa Allah  "KEMPEN BERMAIN DENGAN ANAK" akan dilancarkan pada bulan hadapan. Kami memilih tajuk ini kerana ia sangat membantu dari perkembangan emosi anak-anak.

Dalam peringkat bawah  6 tahun, sekurang-kurangnya anak dapat mengenal nama emosi dan dapat memberitahu perasaan atau emosi mereka dengan komunikasi yang ringkas . 

Jom kita baca bagaimana dengan rutin sesi bermain bermain bersama ibu bapa ia boleh membantu perkembangan emosi anak. 




11.   Rasa dihargai dari sesi bermaian meningkatkan emosi positif

Sesi bermain yang penuh dengan komunikasi  , pandangan mata ayah, sentuhan dan pelukan ibu membuatkan mereka rasa sangat dihargai .Ini membantu meningkatkan emosi  positif mereka terutama pada anak yang belum pandai berkomunikasi.

22Menggunakan perkataan “perasaan” dalam sesi bermaian dapat bantu anak kenal “emosi”.

Dalam permainan tentunya mereka akan hadapi situasi gembira,sedih atau kecewa.
Ibu bapa boleh menamakan perasaan tersebut contohnya “Alaa sedihnya mama kalah..” (muka sedih) “Yeayy..papa happy ...papa menang” . 

Menamakan perasaan boleh membantu anak meniru perkataan tersebut dan menggunakannya apabila mereka melalui situasi tersebut, Apabila mereka dapat meluahkan dengan perkataan dan ibu bapa mendengar, aktiviti tindakan memberontak atau mengamuk akan berkurang.


3. Tidak mengapa jika anak sedih atau marah.

Jika anak dalam situasi kecewa atau marah ketika bermain, selalunya ibu bapa akan terus menghentikan atau menasihati  mereka . Diam sebentar dan beri ruang mereka melepaskan perasaan tersebut.  

Berikan nama perasaan yang mereka telah alami “Afiq sedih ya? Kasihan afiq …”.”Kalau papa kalah pun papa akan sedih..”.  Apabila kanak-kanak  mendengar kata-kata  yang sama dengan apa yang mereka rasai, mereka akan merasa tenang dan emosi mudah stabil. 

Mereka merasakan ada orang yang memahami perasaan mereka dan lebih terbuka untuk berkomunikasi.




Perkembangan emosi  adalah proses yang amat panjang. Kadangkala orang dewasa pun sukar untuk mengawal emosi apatah lagi kanak-kanak. Namun begitu ia boleh dipupuk dari awal dengan sering bermain, berkomunikasi dan bantu mereka meluahkan perasaan. Harapan kita agar anak kita seimbang perkembangan intelek dan juga emosinya.

Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA