PANDUAN MEMILIH TASKA
Bagi pasangan yang baru pertama kali menempuh alam ibu bapa , perkara ini adalah yang paling kritikal dan seringkali menjadi dilema. Kadangkala dua atau tiga bulan sebelum melahirkan sudah sibuk bertanyakan rakan-rakan tentang PANDUAN MEMILIH TASKA dan sesuai untuk anak yang bakal di lahirkan.
Tambahan pula baru-baru seringkali isu-isu mengenai perkara yang merisaukan seperti kelalaian, penderaan dan sebagainya, lagilah berpeluh para ibu bapa untuk MEMILIH TASKA YANG BAGUS untuk anak mereka.
Pemilihan taska tidak boleh dipilih secara membuta tuli, secara "random"di facebook , website atau pun page-page iklan . Sebaliknya, setelah mendapatkan rujukan atau nombor telefon, ia perlu diperiksa dan diperhatikan berdasarkan beberapa kriteria.
Di sini kami ingin berkongsi beberapa kriteria bagaimana ibu bapa MEMILIH TASKA YANG BAGUS untuk anak mereka .Semoga ia dapat membantu pihak ibu bapa dalam membuat pilihan.
1. MEMBUAT TEMUJANJI UNTUK LAWATAN PREMIS
Pilih taska yang berbesar hati dan menjemput ibu bapa untuk membuat lawatan premis. Mereka lebih transparen dan jujur. Jika mereka melayan hanya di luar pagar, minta kebenaran untuk masuk. Tetapi perlu membuat temujanji dahulu. Ini adalah faktor keselamatan kerana ada taska yang tidak boleh menerima pelawat atau orang asing sesuka hati atas faktor keselamatan. Jadi temujanji haruslah dibuat dahulu,.
2.LIHAT INTERAKSI KANAK-KANAK DENGAN GURU
PANDUAN MEMILIH TASKA juga menitikberatkan tentang bagaimana interaksi kanak-kanak gemar bercakap dengan guru, bahasa badan mereka dengan guru, aktif bergerak , gembira dan selesa. Guru juga bergaul dan tidak kekok bercakap-cakap dengan anak-anak.
3.LIHAT SET UP PREMIS
Ada pelbagai permainan dan ruang yang disediakan seperti tempat bermain, membuat aktiviti, tempat tidur, makan dan sebagainya. Ia menunjukkan taska menitik beratkan aktiviti perkembangan dan lebih organise. Anda boleh lihat contoh set up di sini.
4.LIHAT JADUAL DAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN
Sekarang ini terdapat banyak taska yang menyediakan aktiviti yang membantu perkembagan tumbesaran anak-anak secara bermain.
Adalah merugikan jika kita membiarkan anak kita hanya terbaring didepan TV sepanjang hari sedangkan 3 tahun pertama adalah waktu paling aktif sel neuron otak anak terbina. JADI UNTUK MEMBINA OTAK ANAK YANG BAGUS, PERLU ADA BANYAK MAKLUMAT RANGSANGAN DARI PELBAGAI AKTIVITI.
PANDUAN MEMILIH TASKA berkongsi contoh aktiviti yang boleh lihat di sini .
5.LESEN PENDAFTARAN
Isu lesen pendaftaran adalah perkara yang paling hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, hakikatnya ia proses yang agak panjang, untuk mendapat sijil Kursus Asas Permata perlu menunggu satu atau dua tahun. Jika ia masih didalam proses, ibu bapa boleh memeriksa dari segi kemudahan yang boleh mereka sediakan, adakah menepati garis panduan JKM seperti sijil penyertaan KAP, CCTV , tangga keselamatan, bilangan guru yang ada, dan sebagainya.
Jika kemudahan yang menepati ciri piawan JKM sudah tersedia bermaksud pengusaha taska tersebut betul-betul serius untuk mendapakan lesen pendaftaran tersebut. Ibu bapa juga boleh bertanya progress tersebut dari masa ke semasa kepada pengusaha sehingga lesen didapatkan.
6.BERTANYA SOALAN
Dari PANDUAN MEMILIH TASKA, ibu bapa boleh bertanya soalan untuk menguji komitmen mereka. Contohnya" Bagaimana kalau anak saya sukar tidur?' Apakah caranya untuk bagi dia tidur?", "Bagaimana kalau anak saya tidak boleh menyusu botol"Apakah yang pihak taska lakukan. Terpulang ibu bapa untuk menilai penerangan mereka dan sedikit sebanyak mengikut gerak hati juga.
Di harap tips-tips PANDUAN MEMILIH TASKA ini dapat membantu para ibu bapa memilih taska yang terbaik untuk anak. Apapun ibubapa perlu sentiasa berdoa dan membuat kerja jujur dan sebaiknya. Inshaa Allah , Allah akan menghantar orang yang baik menjaga anak kita pula.
Di harap tips-tips PANDUAN MEMILIH TASKA ini dapat membantu para ibu bapa memilih taska yang terbaik untuk anak. Apapun ibubapa perlu sentiasa berdoa dan membuat kerja jujur dan sebaiknya. Inshaa Allah , Allah akan menghantar orang yang baik menjaga anak kita pula.
Contoh aktiviti hands on dijalani kanak-kanak di taska ;)
https://www.facebook.com/TaskaPermataAsSaf/videos/2038837452998259/
Comments
Post a Comment