PROGRAM E USAHAWAN BERSAMA PUAN SURAYA ALI (PENGASAS LUNATOTS)


"WHEN YOU STOP LEARNING, YOU STOP GROWING"

Begitulah pepatah yang dipegang oleh seorang usahawan. Ilmu adalah satu penentu seorang usahawan memastikan legasinya kekal berpanjangan dan memberi manfaat yang berterusan.

Saya sebagai pengusaha taska amat bersyukur dapat menyertai program eUsahawan advance 2018 bersama dengan Puan Suraya Ali yang sangat suka membantu dan berkongsi. Pengisian juga amat padat, malah dapat dipratikkan pada waktu  itu juga dan mendapat komen dan semakan terus dari beliau. 

Program ini lebih memfokuskan tentang

1.KEYWORD & SEO 
2.TEKNIK COPY WRITTING YANG HEBAT

Untuk keyword & SEO kami belajar bagaimana asas-asas SEO yang boleh mempengaruhi ranking hasil carian produk kami dimuka pertama google page. Ia juga dapat membantu  trafik yang berpotensi dan membantu web kami dan juga meningkatkan brand awareness produk kami.

Kami juga belajar tentang "perangai" google ni. Contohnya cara dia membaca laman web, menilai, memproses , kriteria laman-laman web yang dia suka, dan juga trend-trend terkininya.

Bila dah kenal google ini, kami boleh belajar kaedah yang boleh mengoptimumkan SEO ini. Contoh kaedah-kaedahnya ialah menggunakan keyword yang sesuai dan membina laman web.

Untuk membina struktur laman web yang berkesan dan disukai google pula, kami belajar, hendaklah membuat mengikut struktur yang diperkenalkan oleh Puan Suraya Ali ini,  iaitu struktur laman web, title tag, permalink, breadcrumbs dan banyak lagilah.

Yang seronoknya kami buat pada waktu itu juga, dan terus boleh minta puan Suraya Ali semak dan periksa. Jadi bila belajar dan terus buat inshaa allah bolehlah ingat ;).

Kemudian kami juga belajar tentang teknik copywriting yang hebat. Mula-mula kami dikenalkan dengan elemen-elemen penting untuk copywriting. Kami diperkenalkan dengan formula AIDCA  dan juga FAB  untuk membina struktur copywriting yang hebat.

Mashaa Allah patutlah sebelum ini post saya krik krik sahaja, rupa-rupan  post saya macam rojak. Macam-macam ada .;P.

Walaubagaimanapun Alhamdulillah, ia adalah ilmu yang sangat berguna pada saya . Semoga ilmu ini dapat membantu memajukan taska saya.;)






Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA