5 BAHASA MUDAH KOMUNIKASI DENGAN
ANAK
Kenapa kalau dengan kakak, cakap sekali je dengar, tapi kalau dengan adik, cakap 10 kali belum tentu nak ikut?
.
Herm ada kemungkinan mereka berkomunikasi dengan BAHASA KASIH SAYANG yang BERBEZA.
.
Menurut Gary Chapman terdapat 5 bahasa kasih sayang yang berbeza,
.
dan anak lebih mudah mendengar kata apabila kita dapat menarik hati mereka dengan bahasa kasih sayang mereka.
.
Jom kita kenali 5 Bahasa Kasih Sayang.
1.Bahasa Kasih Sayang "Words of Affirmation".
Anak-anak jenis ini merasa disayangi dan mudah faham dengan kata-kata penegas, pujian dan penghargaan.
.
Selalulah mengucapkan kata - kata pujian Contohnya "Adik hebat!", "Mama sayang adik!", "Adik handsome", "Adik gagah macam Ejen Ali" atau sebagainyalah.
.
Kadangkala walaupun, ia hanyalah ucapan "terima kasih" , tetapi sangat di hargai dan amat bernilai buat mereka.
2.Bahasa Kasih Sayang "Quality Time"
Anak-anak jenis ini sangat mendambakan masa. Mereka tidak minta lain kecuali "MASA".
.
Anak jenis ini, biasanya mereka sering mengajak ibu bapa bersembang atau meneman.
.
Dengan hanya meluangkan masa bermain dirumah atau berjalan di taman dan fokus, mereka sudah rasa sangat disayangi. Alhamdulillah..
.
3. Bahasa Kasih Sayang "Receiving Gifts"
Jangan risau.. Mereka bukan lah jenis materialistik tetapi Inilah bahasa kasih sayang mereka. Walaupun dengan hanya sebiji gula-gula, atau keropok lekor sekali pun tetapi jika diterima dari orang yang mereka sayang dan harapkan, ia akan dingati dan sudah cukup membuat mereka senyum lebar sepanjang hari.
.
Anak kita jenis yang mana ya? Masih ada lagi 2 poin, inshaallah akan di kongsi selepas ini 😉
Comments
Post a Comment