PENGASUH ATAU TASKA?


Topik Pengasuh atau Taska ? sering hangat diperkatakan, dan akan diperbincangkan berulang kali apabila timbul  perkara yang tidak diingini pada kanak-kanak.

Hakikatnya, negara kita memerlukan kedua-dua jenis perkhidmatan ini, atas sebab pelbagai sumber pendapatan keluarga.

Objektif penulisan Pengasuh atau Taska? ini bukanlah bertujuan untuk 'melabel' yang mana satu lebih bagus, tetapi hanya  sekadar panduan persediaan dan mengetahui risiko sebelum membuat keputusan. Terutamanya pada pasangan yang baru sahaja menjadi ibu bapa.




Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diamati sebelum memilih Pengasuh atau Taska ?


Kebaikan Taska.

1. Mendapat pantauan kawalan dari JKM , pihak pengurusan dan rakan sekerja .

2.Operasi, cuti  dan pembersihan berjadual. Premis mesti dilengkapi dengan CCTV dan peralatan keselamatan

3.Kanak-kanak belajar urus diri dan berdikari , yakin bersosial dan berkomunikasi dengan rakan.

4.Guru fokus pada pengisian aktiviti yang membantu perkembangan kanak-kanak.

Perkara yang perlu diambil tahu.

1. Melibatkan kuantiti kanak-kanak yang lebih ramai dan penyakit berjangkit lebih mudah berjangkit.

2. Pengawalan  murid dari segi pergaulan murid yang pelbagai latar belakang contoh cenderung bergaduh, berebut mainan dan sebagainya.

3.Yuran agak tinggi kerana membiayai pekerja yang ramai.

4.Terikat dengan peraturan contohnya caj lebih masa.

Kebaikan pengasuh.

1.Yuran agak rendah berbanding Taska.

2."Flexitime" selalunya jarang berkira tentang jagaan lebih masa.

3.Kurang risiko penyakit berjangkit.

4.Selalunya bilangan anak tidak ramai, dan "bonding" pengasuh dan anak kuat.

Perkara yang perlu diambil tahu .

1. Latar belakang keluarga yang tinggal bersama. Contohnya ahli keluarga yang merokok, gaya pergaulan anak yang sudah remaja dan lain-lain.

2.Rancangan cuti pengasuh sukar dikawal  kerana tiada rakan sekerja untuk mengganti tugas.

3. Pengisian aktiviti yang membantu perkembangan sukar dilakukan kerana pengasuh terikat dengan kerja-kerja rumah, seperti membasuh kain, memasak dan sebagainya.

4. Tiada pemantauan dari pihak ketiga dari segi keselamatan, kebersihan, cara kerja dan sebagainya.




Sama ada Pengasuh atau Taska ? bergantung kepada keadaan dan keperluan keluarga dan juga kebaikan masa depan anak-anak.

Bayangkan jika kita kanak-kanak, suasana yang manakah yang kita seronok untuk menghabiskan masa sepanjang hari ?

Ilmu dan kajian juga harus dilakukan sebelum memilih . Boleh rujuk di di sini bagi tips memilih taska .

Jangan takut berkomunikasi jika ada sebarang masalah. Pengurusan taska atau pengasuh yang baik akan menerima pendangan dan pendapat pelanggan yang membangun demi kebaikan kanak-kanak lain dan perniagaan mereka.

Pengasuh dan pengusaha taska juga harus bertanggungjawab dan amanah dengan tugas yang diberikan. Selalulah audit diri sendiri , kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada ibu bapa.



Comments

Popular posts from this blog

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA