Posts

Image
5 BAHASA MUDAH KOMUNIKASI DENGAN ANAK Kenapa kalau dengan kakak, cakap sekali je dengar, tapi kalau dengan adik, cakap 10 kali belum tentu nak ikut? . Herm ada kemungkinan mereka berkomunikasi dengan BAHASA KASIH SAYANG yang BERBEZA. . Menurut Gary Chapman terdapat 5 bahasa kasih sayang yang berbeza, . dan anak lebih mudah mendengar kata apabila kita dapat menarik hati mereka dengan bahasa kasih sayang mereka. . Jom kita kenali 5 Bahasa Kasih Sayang. 1.Bahasa Kasih Sayang "Words of Affirmation". Anak-anak jenis ini merasa disayangi dan mudah faham dengan kata-kata penegas, pujian dan penghargaan. . Selalulah mengucapkan kata - kata pujian Contohnya "Adik hebat!", "Mama sayang adik!", "Adik handsome", "Adik gagah macam Ejen Ali" atau sebagainyalah. . Kadangkala walaupun, ia hanyalah  ucapan "terima kasih" , tetapi sangat di hargai dan amat bernilai buat mereka. 2.Bahasa Kasih Sayang "Quality Time&qu

PENDAFTARAN 2020 - TASKA PERMATA AS SAF TAMAN PUTRA PERDANA

Image
  ANTARA SEBAB KENAPA IBU BAPA MEMILIH PROGRAM PLAYSCHOOL , TASKA PERMATA AS SAF ? 1. Anak banyak menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan sebaya 2.Masa anak banyak dihabiskan dengan gajet/televisyen  3.Masalah komunikasi dan lambat bertutur  4.Ingin memberi pendedahan awal sebelum ke tadika, seperti toilet training , mengurus diri, mandi dan lain-lain 5. Anak sudah minat belajar tetapi inginkan suasana yang santai sambil bermain. APA KATA IBU BAPA TENTANG TASKA PERMATA AS SAF ?   APAKAH PROGRAM DAN AKTIVITI TASKA YANG TERSEDIA UNTUK ANAK ANDA ?   Sesi bercerita, membaca , bermain olok-olok dalam kumpulan menggalakkan perkembangan komunikasi dan percakapan. Aktiviti pengurusan hidup dan sosio-emosi menggalakkan anak membina keyakinan diri , berdikari dan mengenal emosi. Aktiviti seni kreatif membantu menggalakkan daya kreatif anak, imajinasi , minat belajar dan fokus.   Bermain blok , pemikiran logik dan matematik awal membantu

4 CARA BINA KARAKTER "LEADER" DALAM DIRI ANAK KECIL

Image
Apabila kita telah menempuh alam pekerjaan kita mulai sedar yang kelulusan akedemik sahaja tidak mencukupi untuk   berjaya. Sikap dan kekuatan dalaman juga adalah penting bagi mereka menempuh pelbagai cabaran hidup. Sikap bukannya datang semulajadi , tetapi ia perlu diajar dan dipupuk dari kecil. Walaupun anak masih kecil ada beberapa perkara yang boleh kita buat dan sesuai. Jika konsisten, InshaaAllah akan memberi impak yang besar apabila dewasa nanti. 1.Ajar YAKIN DIRI. Sikap yakin diri adalah karakter utama orang berjaya. Memberikan peluang anak MENCUBA boleh menanam sifat yakin diri semasa kecil.  Kadangkala ada anak-anak yang ingin mencuba menyuap makanan sendiri, tetapi ibu bapa tidak yakin, ingin cepat atau tidak mahu bersepah. Ada juga yang ingin berjalan atau menaiki tangga sendiri , tetapi dihalang takut jatuh ,mahu cepat atau sebagainya. Sebenarnya dari mata mereka, jika mereka dapat buat perkara yang sama seperti ibu bapa mereka, ia ada

5 Tips Anak Tidur Awal

Image
“Dah pukul 11 , tapi tanda-tanda anak mengantuk tiada langsung." "Mata anak pula masih membulat dan melompat ke sana- sini. "Alahai, jadi panda lah esok mama papa” Kesan tidak cukup tidur atau tidur lewat bukan sahaja tidak bagus kepada ibu bapa, malah ia juga tidak baik untuk anak-anak. Ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus. Berikut di sini 5 tips pendek yang mungkin boleh membantu ibu bapa . 1. Elak tidur waktu petang hingga ke senja. Elakkan anak tidur di waktu petang, sebaliknya membuat aktiviti fizikal yang menarik buat mereka seperti memberikan bola atau basikal untuk bermain 2. Elak televisyen atau gadjet 1 jam sebelum tidur . Elakkan menonton televisyen atau gadjet kerana cahaya terang dari elektronik akan memancarkan sejenis cahaya biru yang tertentu, yang boleh menganggu otak untuk menghasilkan hormon melatonin iaitu sejenis hormon yang membuat

8 Tempat Menarik Bajet Berpatutan - Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Image
Pada penghujng tahun dan cuti sekolah ini , ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk bercuti dan melancong bersama anak-anak. Namun, pada penghujung tahun jugalah antara waktu yang paling banyak menggunakan wang kerana persediaan persekolahan anak-anak pada tahun hadapannya. Namun begitu faktor tersebut tidaklah menghalang percutian, kerana terdapat banyak tempat yang menarik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Bercuti dan membawa anak-anak bersiar juga adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk memberi pengalaman, pendedahan kepada anak-anak dan juga mengeratkan silaturrahim keluarga. Oleh itu di sini kami ingin berkongsi , 8 Tempat Menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang mengenakan bayaran masuk di bawah RM 10 dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. 1. Taman Botani Shah Alam. Yuran kemasukan untuk dewasa adalah RM 3.00 manakala kanak-kanak RM 1.00  . Di sini terdapat pelbagai tarikan contohnya taman haiwan, rumah iklim , taman padi dan sebagainya

7 Langkah memulakan "Toilet Training"

Image
Perkongsian kali ini adalah tentang langkah-langkah dalam latihan "toilet training" untuk anak-anak. Setelah  mengenal pasti tanda-tanda anak bersedia untuk "toilet training"  ibu bapa bolehlah mengikut langkah-langkah mudah yang kami juga rujuk dan praktis dari buku yang bertajuk  "YOU, Raising your child" oleh MICHAEL F. ROIZEN, M.D & MEHMET C.OZ, M.D. 1. Belikan "potty chair" yang sesuai untuk anak. Kadangkala ada anak-anak berasa gayat dan sukar mengimbangi badan mereka di atas toilet bowl dewasa yang agak tinggi. "Potty chair" dapat mengurangkan anak-anak berasa takut dan memberikan mereka rasa selesa. Jika anda menggunakan toilet bowl orang dewasa , letak stool yang boleh dicapai oleh kaki mereka untuk dipijak supaya ia dapat memberikan mereka rasa stabil dan selamat. 2. Video atau buku Tunjukkan video animasi atau buku yang mengisahkan momen toilet training untuk anak-anak untuk mewujudkan mood yang baik.

7 Tanda anak sudah bersedia untuk " Toilet- training"

Image
Momen "toilet training " untuk anak-anak pasti mengujakan dan manis dikenang. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama. Ada yang berjaya melatih anak pada umur yang agak awal dan ada juga yang mengambil masa yang lama untuk mulakan latihan. Ianya bergantung persediaan dari dua pihak , ibu bapa dan anak-anak. Jika anak-anak di hantar pengasuh atau taska , mereka juga terlibat dalam proses ini. Persediaan yang pertama ialah mengenalpasti adakah anak kita sudah bersedia untuk "toilet training"?. Di sini kami ingin berkongsi 7 tanda dari anak yang boleh dirujuk untuk memastikan anak kita sedia untuk "toilet training". 1. Anak sudah boleh berkomunikasi. Boleh berkomunikasi bukan bermaksud boleh bercakap sepenuhnya atau selancarnya. Boleh berkomunikasi bermaksud mereka boleh menyatakan keinginan mereka dengan sekurang-kurang 2 perkataan seperti "nak susu" , "nak makan" ataupun menggunakan bahasa gerak tubuh. 2. Anak sudah boleh