Posts

Showing posts from September, 2018

Bermain dengan anak bantu perkembangan emosi - Taska Permata As Saf

Image
Inshaa Allah  "KEMPEN BERMAIN DENGAN ANAK" akan dilancarkan pada bulan hadapan. Kami memilih tajuk ini kerana ia sangat membantu dari perkembangan emosi anak-anak. Dalam peringkat bawah  6 tahun, sekurang-kurangnya anak dapat mengenal nama emosi dan dapat memberitahu perasaan atau emosi mereka dengan komunikasi yang ringkas .  Jom kita baca bagaimana dengan rutin sesi bermain bermain bersama ibu bapa ia boleh membantu perkembangan emosi anak.  1 1.    Rasa dihargai dari sesi bermaian meningkatkan emosi positif Sesi bermain yang penuh dengan komunikasi  , pandangan mata ayah, sentuhan dan pelukan ibu membuatkan mereka rasa sangat dihargai .Ini membantu meningkatkan emosi  positif mereka terutama pada anak yang belum pandai berkomunikasi. 2 2 .  Menggunakan perkataan “perasaan” dalam sesi bermaian dapat bantu anak kenal “emosi”. Dalam permainan tentunya mereka akan hadapi situasi gembira,sedih atau kecewa. Ibu bapa boleh menamakan perasaan ter

Anak tidak mahu menyusu dengan botol? Ikuti pengalaman kami di taska.

Image
Antara cabaran penyusuan susu ibu sepenuhnya ialah anak tidak mahu menyusu dengan botol. Ibu mula panik kerana waktu cuti hampir habis , tetapi anak masih tidak mahu menerima botol. Sebenarnya, ia perkara yang sama berlaku di Taska kami.  Setiap kanak-kanak lain cara penyelesaian dan tekniknya. Dan ia memerlukan  masa untuk kanak-kanak itu menyesuaikan diri.  Penulisan kali ini kami ingin berkongsi pengalaman   bagaimana kami menguruskan 2 orang kanak-kanak yang   tidak mahu menyusu dengan botol. Kedua-dua kanak-kanak ini   masih menyusu badan. Kisah pertama adalah seorang kanak-kanak lelaki bernama Iffat . Iffat adalah kanak-kanak termuda yang kami terima dahulu . Iffat seorang yang senang menyesuaikan diri tetapi ada masalah tidak mahu susu botol walaupun telah dilatih oleh ibu bapanya. Mungkin ini adalah kerana suasana taska yang berbeza menyebabkan iffat tidak mahu menerima botol. Pernah iffat menangis tidak berhenti dan tidak mahu tidur mungkin kera

PENGASUH ATAU TASKA?

Image
Topik Pengasuh atau Taska ?  sering hangat diperkatakan, dan akan diperbincangkan berulang kali apabila timbul  perkara yang tidak diingini pada kanak-kanak. Hakikatnya,  negara kita memerlukan kedua-dua jenis perkhidmatan ini, atas sebab  pelbagai sumber pendapatan keluarga. Objektif penulisan P engasuh atau Taska? ini bukanlah bertujuan untuk 'melabel' yang mana satu lebih bagus, tetapi hanya  sekadar panduan persediaan dan mengetahui risiko sebelum membuat keputusan. Terutamanya pada pasangan yang baru sahaja menjadi ibu bapa. Berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diamati sebelum memilih Pengasuh atau Taska ? Kebaikan Taska. 1. Mendapat pantauan kawalan dari JKM , pihak pengurusan dan rakan sekerja . 2.Operasi, cuti  dan pembersihan berjadual. Premis mesti dilengkapi dengan CCTV dan peralatan keselamatan 3.Kanak-kanak belajar urus diri dan berdikari , yakin bersosial dan berkomunikasi dengan rakan. 4.Guru fokus pada pengisian aktiviti yang me

PROGRAM E USAHAWAN BERSAMA PUAN SURAYA ALI (PENGASAS LUNATOTS)

Image
"WHEN YOU STOP LEARNING, YOU STOP GROWING" Begitulah pepatah yang dipegang oleh seorang usahawan. Ilmu adalah satu penentu seorang usahawan memastikan legasinya kekal berpanjangan dan memberi manfaat yang berterusan. Saya sebagai pengusaha taska amat bersyukur dapat menyertai program eUsahawan advance 2018 bersama dengan Puan Suraya Ali yang sangat suka membantu dan berkongsi. Pengisian juga amat padat, malah dapat dipratikkan pada waktu   itu juga dan mendapat komen dan semakan terus dari beliau.  Program ini lebih memfokuskan tentang 1.KEYWORD & SEO  2.TEKNIK COPY WRITTING YANG HEBAT Untuk keyword & SEO kami belajar bagaimana asas-asas SEO yang boleh mempengaruhi ranking hasil carian produk kami dimuka pertama google page. Ia juga dapat membantu   trafik yang berpotensi dan membantu web kami dan juga meningkatkan brand awareness produk kami. Kami juga belajar tentang "perangai" google ni. Contohnya cara dia membaca laman web, me

PANDUAN MEMILIH TASKA

Image
Bagi pasangan yang baru pertama kali menempuh alam ibu bapa , perkara ini adalah yang paling kritikal dan seringkali menjadi dilema. Kadangkala dua atau tiga bulan sebelum melahirkan sudah sibuk bertanyakan rakan-rakan tentang PANDUAN MEMILIH TASKA  dan  sesuai untuk anak yang bakal di lahirkan. Tambahan pula baru-baru seringkali isu-isu mengenai perkara yang merisaukan seperti kelalaian, penderaan dan sebagainya, lagilah berpeluh para ibu bapa untuk MEMILIH TASKA YANG BAGUS untuk anak mereka. Pemilihan taska tidak boleh dipilih secara membuta tuli, secara "random"di facebook , website atau pun page-page iklan . Sebaliknya, setelah mendapatkan rujukan atau nombor telefon, ia perlu diperiksa dan diperhatikan berdasarkan beberapa kriteria.  Di sini kami ingin berkongsi beberapa kriteria  bagaimana ibu bapa  MEMILIH TASKA YANG BAGUS untuk anak mereka .Semoga ia dapat membantu pihak ibu bapa dalam membuat pilihan. 1. MEMBUAT TEMUJANJI UNTUK LAWATAN PREMIS  Pili

SAMBUTAN MERDEKA 2018

Image
Sambutan kemerdekaan yang sederhana tetapi meriah bagi kanak-kanak . Apa yang dapat dilihat mereka sangat sukakan bendera Malaysia. Semoga mereka menjadi rakyat Malaysia yang berbakti dan menyayangi negara mereka.